1) Anak Adam menjadi semakin tua tetapi ada 2 perkara drpdnya yg akan menjadikannya semakin muda iaitu ketamakan pd harta dan ketamakan pd umur-Muslim
2) Tanda mati hati ialah apabila seseorang tak berasa sedih jika terlepas buat amal kebaikan dan tidak pula menyesal apabila berbuat dosa
3) Dlm mengejar bahagia seseorang mesti gagal dlm hidupnya kerana dgn itu dia dapat mengetahui dimana letaknya kelemahan diri , gagal sekali tidak mengapa-Zahid
4) Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kpd manusia seluruhnya tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur-2:243
5) Apabila ilmu bertambah sedangkan amalan tidak bertambah sebenarnya kita bertambah jauh dari Allah, lakukan amalan sepertimana kita dahagakan ilmu
6) Gembira dan bahagia ketika menyabit padi yg ditanam sendiri , begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yg patut mendapat upah-Hukamak
7) Jgnlah kita tidur dgn menghadap kaki arah Qiblat kerana ini adalah tidur orang yg telah mati
8) Bila engkau bersabar akan timbul kekuatan dlm diri mu dan peroleh pahala tetapi jika engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan dan diancam seksa-Ibn Qais
9) Taqwa ada 3 perkara : bagus tawakkalnya pd apa yg tidak dicapainya , bagus redhanya pd apa yg dicapainya dan bagus sabarnya pd apa yg hilang drpdnya-Nabi Daud
10) Tiap kesusahan pasti ada kesenangan dan kebahagiaan kerana durian berduri ada isi lazat , manggis pahit manis isinya , dan ros berduri harum baunya-Hukamak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment